Pos Kedua..Pak Ngah, Pak Andak, Pak Itam, Pak Usu, dan semua Pak Cik-Pak Cik menitiskan air mata bila memohon keampunan daripada Atok dan Nenek. Begitulah hebatnya bila setiap pagi Hari Raya Aidilfitri tiba..
Berkumpul di Rumah Pak Itam
Cerita Abah
1. Allahhuakhbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillah Ilham. Hari Lebaran menjelma lagi setelah sebulan umat Islam menjalankan ibadat puasa.
2. Di hari yang mulia, satu (1) Syawal 1430 Hijrah, kami sekeluarga menyambut Aidilfitri seperti biasa, penuh kesederhanaan tetapi meriah.
3. Bila kesemua sembilan (9) adik-beradik lelaki abah berkumpul bersama keluarga masing-masing (bagi yang sudah berkahwin), suasana pasti menyeronokkan. Paling seronok bila cucu-cucu atok dan nenek berkumpul sekali. Maklumlah, umur lebih kurang sebaya.
4. Ya, giliran kami berkumpul memang sepakat. Tahun 2009 merupakan giliran beraya semua adik-beradik abah di kampung, di Melaka.
5. Lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, dodol seakan-akan juadah wajib yang mesti nenek dan atok sediakan bila Hari Raya menjelma.
6. Sebelum Sembahyang Raya, abah kumpul adik-beradik pakai Baju Melayu. Bila semua sudah siap sedia, kami semua pun memohon keampunan daripada kedua ibu bapa kami. Pak Ngah, Pak Andak, Pak Itam, Pak Usu, dan semua Pak Cik-Pak Cik menitiskan air mata bila memohon keampunan daripada Atok dan Nenek. Begitulah hebatnya bila setiap pagi Hari Raya Aidilfitri tiba.
7. Lepas Sembahyang Raya, dipendekkan cerita tok, nenek dan abah adik-beradik pergi melawat ke pusara kedua-dua moyang anak-anak abah.
Cerita Aku
..pemergian Mak Tok aku ratapi tidak sehebat ketika arwah Oyah pergi..
Pusara Arwah Tok Ayah
1.
07hb April 1998, hari Selasa, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1418 bersamaan dengan satu (1) Hari Raya Korban, Aidiladha. Arwah Tok Ayah pergi meninggalkan kami menuju ke Rahmatullah.
2. Sudah sebelas (11)tahun Tok Ayah pergi meninggalkan aku, bersama-sama dosa-dosa silam aku kepada beliau. Aku masih lagi mengharapkan keampunan arwah Tok Ayah kepada aku walaupun dia sudah lama pergi. Aku sedekahkan Yaasin, aku sedekahkan Al-Fatihah.
3. Oyah, aku ingat lagi setiap perkara yang berlaku waktu Oyah jaga aku kecik-kecik dulu. Hari ini dan seterusnya, aku memang berniat untuk mengubah hidup keluarga kita Yah. Jasa Oyah, aku akan balas dengan apa cara sekalipun.
4. Kalau tidak kepada Oyah, kepada anak-anak Oyah, atau cucu-cucu Oyah atau cicit-cicit Oyah, atau hempas-hempas daun Oyah atau semua keturunan dan waris Oyah selepas ini. InsyaAllah Yah. Aku balas jasa kau Yah.
..tiada lain yang telah engkau buktikan, melainkan kasih-sayang arwah Oyah dan Mak Tok mendidik aku itu sebenarnya adalah segala-galanya..
Pusara Arwah Mak Tok
5.
20hb Februari 2004, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1424 bersamaan dengan hari Jumaat, enam (6) tahun selepas Oyah pergi, giliran Mak Tok pula pulang ke Rahmatullah. Kini sudah lima (5) tahun arwah Mak Tok pergi.
6. Pemergian Mak Tok aku ratapi tidak sehebat ketika arwah Oyah pergi.
7. Kini, walaupun tanpa Mak Tok, kasih sayang arwah ketika menjaga aku kecik-kecik masih subur lagi sehingga sekarang dan sampai bila-bila. Aku turunkan kepada keluarga aku, anak-anak aku, adik-adik aku dan anak-anak buah aku.
8. Tiada lain yang telah engkau buktikan, melainkan kasih-sayang arwah Oyah dan Mak Tok mendidik aku itu sebenarnya adalah segala-galanya.
9. Al-Fatihah.