..abah dalam hati tidak habis-habis ucapkan terima kasih kepada saudara-mara sebelah nenek. Mereka 'sporting' habis. Semua acara yang kami sediakan, semuanya mendapat sambutan yang memeriahkan suasana..
Cerita Abah
1. Sehari sebelum raya, hari Sabtu, kami adik-beradik sibuk pasang balai.
2. Hari Raya kedua, hari Isnin, kami sambung lagi. Pasang dua (2) balai atap zink, campur satu (1) balai atap kanvas.
3. Daripada tahun lepas lagi Nenek Kampung dan Atok Kampung (gelaran anak-anak abah kepada atok dan nenek sebelah abah) sudah bercakap-cakap hendak buat Hari Keluarga. Kini tibalah masanya.
4. Perancangan kami pada mulanya sederhana sahaja. Tapi, bila Atok Busu sampai dan beri cadangan, segala-galanya berubah. Malam tu, macam-macam idea Atok Busu curahkan. Daripada set Karaoke, sehinggalah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak pernah abah jangkakan.
5. Macam-macam program kami sediakan malam sebelumnya. Kami buat brainstorming habis. Banyak acara-acara menarik kami sediakan. Malam itu juga kami bincang pasal hadiah, sumbangan ikhlas dan sebagainya.
6. Terima kasih banyak-banyak abah ucapkan kepada Din menantu Acik Leman Komando depan rumah, sebab berjaya menyediakan kami set karaoke pada saat-saat akhir.
7. Alhamdulillah. Hari Keluarga Atok dan Nenek Kampung memang meriah. Penuh dengan suasana gembira dan hilai ketawa.
8. Saudara-saudara sebelah nenek, ramai yang datang. Kebanyakkanya daripada Johor. Subhanallah, abah dalam hati tidak habis-habis ucapkan terima kasih kepada saudara-mara sebelah nenek.
9. Mereka 'sporting' habis. Semua acara yang kami sediakan, semuanya mendapat sambutan yang memeriahkan suasana.
10. Saudara-saudara sebelah atok pun ramai juga yang hadir. Kebanyakkannya daripada Melaka, Pahang dan Selangor. Ada yang dapat datang awal, dan ada pula yang datang selepas saudara-saudara abah sebelah nenek balik.
11. Kesimpulannya, abah merumuskan, Hari Keluarga Atok dan Nenek memang meriah. Syukur Alhamdulillah.
12. Abah juga mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara-saudara abah yang datang. Jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan, abah mewakili atok dan nenek, menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada.
13. Abah berjaya mendapatkan alamat-alamat saudara-saudara sebelah nenek, jadi, InsyaAllah, lepas ini, ikatan persaudaraan kita diharapkan akan terus erat terjalin.
14. Terima kasih daun keladi, nanti kita jumpa lagi.
..terima kasih banyak-banyak abah ucapkan kepada Din, menantu Acik Leman Komando depan rumah, sebab berjaya menyediakan kami set karaoke pada saat-saat akhir..
4. Perancangan kami pada mulanya sederhana sahaja. Tapi, bila Atok Busu sampai dan beri cadangan, segala-galanya berubah. Malam tu, macam-macam idea Atok Busu curahkan. Daripada set Karaoke, sehinggalah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak pernah abah jangkakan.
5. Macam-macam program kami sediakan malam sebelumnya. Kami buat brainstorming habis. Banyak acara-acara menarik kami sediakan. Malam itu juga kami bincang pasal hadiah, sumbangan ikhlas dan sebagainya.
6. Terima kasih banyak-banyak abah ucapkan kepada Din menantu Acik Leman Komando depan rumah, sebab berjaya menyediakan kami set karaoke pada saat-saat akhir.
..jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan, abah mewakili atok dan nenek, menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada..
7. Alhamdulillah. Hari Keluarga Atok dan Nenek Kampung memang meriah. Penuh dengan suasana gembira dan hilai ketawa.
8. Saudara-saudara sebelah nenek, ramai yang datang. Kebanyakkanya daripada Johor. Subhanallah, abah dalam hati tidak habis-habis ucapkan terima kasih kepada saudara-mara sebelah nenek.
9. Mereka 'sporting' habis. Semua acara yang kami sediakan, semuanya mendapat sambutan yang memeriahkan suasana.
..macam-macam idea Atok Busu curahkan. Daripada set Karaoke, sehinggalah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak pernah abah jangkakan..
10. Saudara-saudara sebelah atok pun ramai juga yang hadir. Kebanyakkannya daripada Melaka, Pahang dan Selangor. Ada yang dapat datang awal, dan ada pula yang datang selepas saudara-saudara abah sebelah nenek balik.
11. Kesimpulannya, abah merumuskan, Hari Keluarga Atok dan Nenek memang meriah. Syukur Alhamdulillah.
12. Abah juga mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara-saudara abah yang datang. Jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan, abah mewakili atok dan nenek, menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada.
..jadi, InsyaAllah, lepas ini, ikatan persaudaraan kita diharapkan akan terus erat terjalin..
13. Abah berjaya mendapatkan alamat-alamat saudara-saudara sebelah nenek, jadi, InsyaAllah, lepas ini, ikatan persaudaraan kita diharapkan akan terus erat terjalin.
14. Terima kasih daun keladi, nanti kita jumpa lagi.
6 comments:
meriah betoiii bak! seumpama pesta! bravo for the organizer..enzoyysss!
aku pun tak sangka! ramai lagi nie sebenarnya.. tapi gambar lebih tumpukan kepada sedara jauh lah org kata.. syukur.. " )
maner gambar kite org eh.... hehehe meriah sungguh family ni.. best bila dpt kumpul ramai2 yekk
tuelah am.. raser nyesal pun ader sebab tak full swing ambik gambar hari tue.. tp takpe, dgn korang selalu jumpa.. yg jauh2 nie diutamakan..
wahhh..menarik beb..ada masuk surat kaba tak? ngeeeee...
..chah.. ko kalu nak buat family day.. bulleh upah aku jadi consultant.. mcm2 aku bulleh sediakan.. surat kaba publish kat obersea jer.. ngeeeee.. ish! " )
Post a Comment