Found at Beemp3.com
(THOSE ARTICLES WHICH ARE NOT PROPERLY CITED OR CREDITED, PLEASE CLICK ON THE TITLE FOR THE ORIGINAL LINK OF THE ARTICLES)

Monday, December 21, 2009

Asma Al-Husna Nasyid ~ Full Lyrics in Arabic Written Version (Nasyid Asma Al-Husna, Versi Lirik Penuh Tulisan Arab)

Pos Pertama


Click On Image For Larger View



1. In the RMC, or most probably at all boarding schools, we would sing the Asma Al-Husna (99 Beautiful Names of Allah) almost every time after we had finished our Maghrib prayer.

2. Those days, I remember singing it by memorizing what I heard from the seniors without any intention to do some revision in order to mention it correctly and understand what is the meaning of every Names that I mentioned.

3. Today, the sing of this song is still fresh in my head, and with the help of internet and many other resources, the Asma Al-Husna is indeed a very good 'zikrullah' for those who intend to praise 'The Almighty' every time when he or she feels like doing so.

4. I am sharing attached, which is the fully written version of Asma Al-Husna.

5. Perhaps, now we could refresh back every single words, continously trying to understand and gets all the Names mentioned correctly.. while frequently singing it inside our heart just to convey a litlle of our praise to The Almighty Allah.. InsyaAllah

Monday, November 02, 2009

Miscellaneous

First Post

1. Salam. Aku ada muat-turun gambar-gambar pilihan sendiri di Facebook aku yang telah aku aktifkan kembali.

Ocean of Clouds


2. Nak tengok? Sila klik di SINI!



Thursday, October 08, 2009

US Air Force Thunderbirds Airshow, TUDM Subang Airbase (3 Oct 2009) ~ Part 4

Seventh Post

All photos for these series were captured using a Canon EOS 400D DSLR, with a Tamron AF 70-300mm F/4-5.6 LD Macro Telephoto zoom lens. Bullehlah... Right click on picture and 'Open Link in New Window' for larger view. Have fun!


1. Above acrobatic maneuver could be the most dangerous action that I have captured, as you could see that the Blue USAF's Lockheed Martin F-16 Thunderbirds smoke trail vapour was affected by the very close cross-off movement of the fighter jets.

2. The RMAF's Sukhoi Su-30MKM air superiority fighters also participated in the air show and one of the pilot is my senior from the RMC (Royal Military College) while I was studying there (1986-1990).

3. For fine justification, my eyesight problem was the only reason why I didn't join up the air force (or army) and being one of the fighter pilot these days.

4. The dream still goes on. Allah bless the Royal Malaysian Air Force (RMAF).



US Air Force Thunderbirds Airshow, TUDM Subang Airbase (3 Oct 2009) ~ Part 3

Sixth Post





US Air Force Thunderbirds Airshow, TUDM Subang Airbase (3 Oct 2009) ~ Part 2

Fifth Post






Wednesday, October 07, 2009

Tuesday, October 06, 2009

Hari Keluarga Atok dan Nenek Kampung, 3 Syawal 1430 Hijrah, 22 September 2009

Pos Ketiga

More photos will be uploaded soon!


..abah dalam hati tidak habis-habis ucapkan terima kasih kepada saudara-mara sebelah nenek. Mereka 'sporting' habis. Semua acara yang kami sediakan, semuanya mendapat sambutan yang memeriahkan suasana..





Cerita Abah

1. Sehari sebelum raya, hari Sabtu, kami adik-beradik sibuk pasang balai.

2. Hari Raya kedua, hari Isnin, kami sambung lagi. Pasang dua (2) balai atap zink, campur satu (1) balai atap kanvas.


3. Daripada tahun lepas lagi Nenek Kampung dan Atok Kampung (gelaran anak-anak abah kepada atok dan nenek sebelah abah) sudah bercakap-cakap hendak buat Hari Keluarga. Kini tibalah masanya.

..terima kasih banyak-banyak abah ucapkan kepada Din, menantu Acik Leman Komando depan rumah, sebab berjaya menyediakan kami set karaoke pada saat-saat akhir..


4. Perancangan kami pada mulanya sederhana sahaja. Tapi, bila Atok Busu sampai dan beri cadangan, segala-galanya berubah. Malam tu, macam-macam idea Atok Busu curahkan. Daripada set Karaoke, sehinggalah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak pernah abah jangkakan.


5. Macam-macam program kami sediakan malam sebelumnya. Kami buat brainstorming habis. Banyak acara-acara menarik kami sediakan. Malam itu juga kami bincang pasal hadiah, sumbangan ikhlas dan sebagainya.


6. Terima kasih banyak-banyak abah ucapkan kepada Din menantu Acik Leman Komando depan rumah, sebab berjaya menyediakan kami set karaoke pada saat-saat akhir.

..jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan, abah mewakili atok dan nenek, menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada..


7. Alhamdulillah. Hari Keluarga Atok dan Nenek Kampung memang meriah. Penuh dengan suasana gembira dan hilai ketawa.


8. Saudara-saudara sebelah nenek, ramai yang datang. Kebanyakkanya daripada Johor. Subhanallah, abah dalam hati tidak habis-habis ucapkan terima kasih kepada saudara-mara sebelah nenek.


9. Mereka 'sporting' habis. Semua acara yang kami sediakan, semuanya mendapat sambutan yang memeriahkan suasana.


..macam-macam idea Atok Busu curahkan. Daripada set Karaoke, sehinggalah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak pernah abah jangkakan..


10. Saudara-saudara sebelah atok pun ramai juga yang hadir. Kebanyakkannya daripada Melaka, Pahang dan Selangor. Ada yang dapat datang awal, dan ada pula yang datang selepas saudara-saudara abah sebelah nenek balik.


11. Kesimpulannya, abah merumuskan, Hari Keluarga Atok dan Nenek memang meriah. Syukur Alhamdulillah.

12. Abah juga mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara-saudara abah yang datang. Jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan, abah mewakili atok dan nenek, menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada.

..jadi, InsyaAllah, lepas ini, ikatan persaudaraan kita diharapkan akan terus erat terjalin..



13. Abah berjaya mendapatkan alamat-alamat saudara-saudara sebelah nenek, jadi, InsyaAllah, lepas ini, ikatan persaudaraan kita diharapkan akan terus erat terjalin.

14. Terima kasih daun keladi, nanti kita jumpa lagi.

1 Syawal 1430 Hijrah (20 September 2009)

Pos Kedua

..Pak Ngah, Pak Andak, Pak Itam, Pak Usu, dan semua Pak Cik-Pak Cik menitiskan air mata bila memohon keampunan daripada Atok dan Nenek. Begitulah hebatnya bila setiap pagi Hari Raya Aidilfitri tiba..


Berkumpul di Rumah Pak Itam



Cerita Abah

1. Allahhuakhbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillah Ilham. Hari Lebaran menjelma lagi setelah sebulan umat Islam menjalankan ibadat puasa.

2. Di hari yang mulia, satu (1) Syawal 1430 Hijrah, kami sekeluarga menyambut Aidilfitri seperti biasa, penuh kesederhanaan tetapi meriah.

3. Bila kesemua sembilan (9) adik-beradik lelaki abah berkumpul bersama keluarga masing-masing (bagi yang sudah berkahwin), suasana pasti menyeronokkan. Paling seronok bila cucu-cucu atok dan nenek berkumpul sekali. Maklumlah, umur lebih kurang sebaya.

4. Ya, giliran kami berkumpul memang sepakat. Tahun 2009 merupakan giliran beraya semua adik-beradik abah di kampung, di Melaka.

5. Lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, dodol seakan-akan juadah wajib yang mesti nenek dan atok sediakan bila Hari Raya menjelma.

6. Sebelum Sembahyang Raya, abah kumpul adik-beradik pakai Baju Melayu. Bila semua sudah siap sedia, kami semua pun memohon keampunan daripada kedua ibu bapa kami. Pak Ngah, Pak Andak, Pak Itam, Pak Usu, dan semua Pak Cik-Pak Cik menitiskan air mata bila memohon keampunan daripada Atok dan Nenek. Begitulah hebatnya bila setiap pagi Hari Raya Aidilfitri tiba.

7. Lepas Sembahyang Raya, dipendekkan cerita tok, nenek dan abah adik-beradik pergi melawat ke pusara kedua-dua moyang anak-anak abah.

Cerita Aku

..pemergian Mak Tok aku ratapi tidak sehebat ketika arwah Oyah pergi..


Pusara Arwah Tok Ayah



1. 07hb April 1998, hari Selasa, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1418 bersamaan dengan satu (1) Hari Raya Korban, Aidiladha. Arwah Tok Ayah pergi meninggalkan kami menuju ke Rahmatullah.

2. Sudah sebelas (11)tahun Tok Ayah pergi meninggalkan aku, bersama-sama dosa-dosa silam aku kepada beliau. Aku masih lagi mengharapkan keampunan arwah Tok Ayah kepada aku walaupun dia sudah lama pergi. Aku sedekahkan Yaasin, aku sedekahkan Al-Fatihah.

3. Oyah, aku ingat lagi setiap perkara yang berlaku waktu Oyah jaga aku kecik-kecik dulu. Hari ini dan seterusnya, aku memang berniat untuk mengubah hidup keluarga kita Yah. Jasa Oyah, aku akan balas dengan apa cara sekalipun.

4. Kalau tidak kepada Oyah, kepada anak-anak Oyah, atau cucu-cucu Oyah atau cicit-cicit Oyah, atau hempas-hempas daun Oyah atau semua keturunan dan waris Oyah selepas ini. InsyaAllah Yah. Aku balas jasa kau Yah.

..tiada lain yang telah engkau buktikan, melainkan kasih-sayang arwah Oyah dan Mak Tok mendidik aku itu sebenarnya adalah segala-galanya..


Pusara Arwah Mak Tok



5. 20hb Februari 2004, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1424 bersamaan dengan hari Jumaat, enam (6) tahun selepas Oyah pergi, giliran Mak Tok pula pulang ke Rahmatullah. Kini sudah lima (5) tahun arwah Mak Tok pergi.

6. Pemergian Mak Tok aku ratapi tidak sehebat ketika arwah Oyah pergi.

7. Kini, walaupun tanpa Mak Tok, kasih sayang arwah ketika menjaga aku kecik-kecik masih subur lagi sehingga sekarang dan sampai bila-bila. Aku turunkan kepada keluarga aku, anak-anak aku, adik-adik aku dan anak-anak buah aku.

8. Tiada lain yang telah engkau buktikan, melainkan kasih-sayang arwah Oyah dan Mak Tok mendidik aku itu sebenarnya adalah segala-galanya.

9. Al-Fatihah.

MICCOS 2009, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia (13-16 August 2009)

Pos Pertama

Deputy Prime Minister

Another Rim Lighting

Audience

Wednesday, September 09, 2009

First Impressions Last Forever (Abah Story, Part 2)

Second Post

..anak-anak abah must be able to give the BEST performance that will eventually impress the audience especially if it is your FIRST time.


First Impressions Last Forever


1. ‘First Impressions Last Forever’, is a quote that abah got during one of abah lecture while pursuing the Master program. Being specific, it was abruptly touched and suggested by ‘lecturer abah’ , En. Lukman (soon Dr. Lukman) during one of his OSH Management System lecture.

2. The quote is another case that really gives abah another guidance in abah life. Abah have a lot of quotes that abah could remember, but as time goes by, perhaps abah will pass on some good quotes for which that has came across into abah mind.

3. Abah remember when abah first attend the first lecture, and it was back in the month of October, 2008. The lecturer, Dr. Anuar Suun, an associate professor and also a physician had asked the students to write types of occupational diseases and present it in front of the class. Abah was so impressed by abah new colleagues as they were so knowledgable and had aggressively giving their opinions and thoughts.

4. Abah was also impressed by the title of abah new colleagues that time, as most of them are professionals such as medical doctor, magistrate, army officers, police officers, engineers, safety practitioners, oil and gas professional, certified trainers, medical assistant, businessman, lecturers and few other fields mostly that abah has mentioned.

5. As usual, when abah were in this kind of situation, certainly abah had practiced the other quote that abah remember which is; it's better to keep your mouth shut and give the impression that you're stupid than to open it and remove all doubt. Abah has read this somewhere, and it is true for some good reasons.

..it's better to keep your mouth shut and give the impression that you're stupid than to open it and remove all doubt. Abah has read this somewhere..

6. So fortunate, the short assignment was given into groups and abah managed to escape. Hehehe.. " )

7. Nevertheless, abah is not saying that anak-anak abah must play the role of escapism all the time, but what abah wants to convey is, anak-anak abah must be able to get prepared at all the time.

..anak-anak abah must be able to get prepared at all the time.

8. Hence, when anak-anak abah were given the opportunity to present something, anak-anak abah must be able to give the BEST performance that will eventually impress the audience especially if it is your FIRST time.

9. On that FIRST time, you must give your audience something which is beyond the expectation of others, and InsyaAllah, in no doubt, a successful person is the one that manage to uphold the VERY BEST of that first impressions.

10. Please remember, that 'First Impressions Last Forever'.

Thursday, September 03, 2009

Cerita Abah (Bahagian 1)

Pos Pertama
Cerita 1

(An Attempt to Capture)
Rim Lighting


1. Masa abah kerja luar pejabat, abah suka lepak dengan kawan-kawan baru.

2. Abah tidak kira pun status mereka, tua, muda, besar, kecil, kaya, miskin, semua abah boleh berkawan. Dalam hati abah kata, yang penting abah kena berhati-hati, khuatir kalau kena tipu. Maklumlah, banyak barang-barang berharga abah bawa bersama.

3. Tapi abah selalu bertawakal, sebab abah ada satu keyakinan diri yang tinggi dengan kejujuran dan keikhlasan yang abah ada. Lagi satu, abah selalu ada satu niat dalam hati iaitu, "abah suka belajar".

4. Ada sahabat abah kata, kalau kita buat apa-apa pun, dengan niat hendak belajar, InsyaAllah, alasan itu boleh diterima kalau kita terrrrrbuat silap. Apa yang penting, kena sentiasa berhati-hati dan buat pembetulan kalau terrrrrrbuat salah.

5. Macam-macam jenis orang abah sudah jumpa.

6. Ada suatu masa ni, masa abah keluar, abah ada jumpa seorang kawan baru, dia kata dia baru jatuh pokok kelapa.

7. Masa kami lepak-lepak, puas dia cerita pada dua orang awek Minah Saleh, al-kisah pengalaman yang dia baru jatuh pokok kelapa.

8. Cerita dia lebih kurang macam inilah. "When I was at the peak of the coconut tree to pluck the young coconuts, suddenly, a king cobra appeared in front of me. The snake made the sound.....Psssssssstttttttt!"

9. Minah Saleh tu punyalah terpegun, "wow! really? that's sound horrible! what happened then?"

10. Kawan baru abah tu jawab, "what happened? I was so surprised until I released both of my hands from holding the frond! To my surprise, I was falling off the tree. No hands, no hands!" cerita kawan abah gembira siap dengan gaya-gaya sekali. Abah tumpang sekaki ketawa. Abah diam saja.

11. Kawan abah sambung, "while falling down, I was looking down to the earth, still too far, looking back above, I could see the snake 'bye-bye' to me. I felt like the time was moving so slow. No hands, no hands." Dua-dua Minah Saleh tu pun ketawa, tapi taksub.

12. Minah Saleh tu pun kata, "oh dear, that was sooooooo terrible, but I am so glad you are still alive!"

13. Kawan abah jawab lagi, "yeah, few people died here because they had fallen off the coconut trees."

14. Minah saleh tu jawab balik, "wow, you must be such an amazing person then!" kemudian kami terus lepak panjang.

15. Sampai hari ini abah masih musykil, ilmu apalah agaknya kawan abah tu pakai, sampai jatuh pokok kelapa pun macam seronok saja. " )

Cerita 2

Abah
(Looking at The Sea Thru The Window of Hotel Primula,
Pantai Batu Buruk, Trengganu)


1. Nanti, kalau abah ada masa, abah cerita kisah masa abah lepak dengan orang banyak duit pula. Phuhhhh, masa tu abah rasa macam abah ni miskin gila!

2. Tapi, nasib baik abah ada kawan lain yang kongsi cerita dia.

3. Dia kata, kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Bagaimana cara kita bersyukur bukan hanya dengan berkata "syukur Alhamdulillah!" Itu tidak cukup.

4. Sebaliknya, syukur yang benar-benar bersyukur ialah dengan meninggalkan apa yang dilarang olehNya, dan melakukan apa yang disuruh olehNya.

5. Salah satu cara bagaimana kita menyampaikan kesyukuran kita kepada Allah SWT ialah dengan tidak meninggalkan solat lima waktu.

6. Sampai hari ni abah ingat lagi pesan kawan abah yang seorang ni.

7. Dia kata, "kalau kita sekadar cakap 'syukur Alhamdulillah', itu masih belum dikira bersyukur, kita kena sembahyang."

8. Masa sembahyang, kita kena tahu rukun-rukun sembahyang dan menghayati maksud bacaan-bacaan dalam sembahyang." kata kawan abah tu lagi. Dia orang Jawa.

9. Anak-anak abah nanti kenalah rajin sembahyang sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.

10. Allah SWT ada kata (berfirman), lagi kita bersyukur, lagi Allah tambah nikmat kepada diri kita.

11. ....Ommmmmelll anak-anak abah nie! syukur Alhamdulillah.. a'ah, tak cukup tu! " )

Tuesday, August 25, 2009

Himpunan Ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis Mengenai Solat Subuh

Aku menasihati diri sendiri dan berkongsi dengan pembaca budiman sekelian (sekiranya ada), semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh agar kita sentiasa berada di dalam jaminan Allah SWT, sepertimana yang dijanjikan Allah SWT dan hadis-hadis Rasullullah SAW, seperti di bawah:

1. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah al-Kahfi, ayat 28)

2. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
(Al-Israa, ayat 78)

3. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?."
(Al-Huud, ayat 81)

4. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, "
(Al Falaq, ayat 1)

5. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur*.
(Ali 'Imran, ayat 17 )
*Sahur: waktu sebelum fajar menyingsing mendekati subuh.

6. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan telah Kami wahyukan kepadanya (Luth) perkara itu, yaitu bahwa mereka akan ditumpas habis di waktu Subuh. "
(Al Hijr, ayat 66)

7. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum sembahyang Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya'. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(An Nuur, ayat 58)

8. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu Subuh, "
(Ar Ruum , ayat 17)

9. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka apabila siksaan itu turun di halaman mereka, maka amat buruklah pagi hari yang dialami oleh orang-orang yang diperingatkan itu*. "
(Ash Shaaffaat , ayat 177)
*Yang dimaksud dengan pagi hari ialah bukan waktu pagi tetapi sebarang waktu di mana orang-orang yang menyerang itu melakukan serangannya sebelum waktu subuh; maka orang-orang yang kalah menderita kekalahannya pada waktu pagi.

10. Allah SWT berfirman maksudnya:
"dan Subuh apabila mulai terang. "
(Al Muddatstsir , ayat 34)

11. Allah SWT berfirman maksudnya:
"dan demi Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing, "
(At Takwiir , ayat 18)

12. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang, "
( Thaahaa , ayat 30)

13. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya). "
(Qaaf , ayat 39)

14. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya meskipun dalam keadaan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang-orang. Kemudian beberapa laki-laki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, mendatangi satu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka."
(HR Bukhairi dan Muslim).

15. Rasullullah SAW bersabda:
"Malaikat turun naik dalam kalangan kamu silih berganti: malam dan siang, kedua-dua puak itu berhimpun pada waktu sembahyang Subuh dan pada waktu sembahyang Asar; setelah itu puak yang bermalam dalam kalangan kamu: naik, lalu ditanya oleh Allah Taala, sedang Ia mengetahui hal mereka: "Bagaimana keadaan hamba-hambaKu semasa kamu tinggalkan?" Malaikat menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang, dan kami datang kepada mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang.
(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a )

16. Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya:
“Rasulullah s.a.w telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ketempat kediamannya dipinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang isyak, dan Baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang Subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran”. *
(Al-Bukhari dan Muslim)

*Setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.

17. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Muslim)

18. Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”
(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

19. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
(Hadis riwayat Muslim)

20. Rasulullah SAW bersabda sebagaimana disebutkan:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
(Hadis riwayat Imam At-Termizi)

21. Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).

22. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari).

23. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud dari riwayat Bukhari dan Muslim :
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

24. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.”
(Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Sebuah nasihat untuk diri sendiri dan mungkin juga untuk pembaca budiman. Marilah kita bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh. InsyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday Mama & Muadzam!

Fourth Post


Another Year

To : Mama & Muadzam

As your birthdays come and go,
how very much you mean to me,
more than you can know.

Happy birthday to both of you!

From : Mahreen & Abah


Saturday, August 15, 2009

Perhentian Island Photo Series 6 (Gambar Pulau Perhentian Siri 6)

Third Post

(A View From)
Sunset Boulevard

Realize


..but, it's not all the same, no, it's never the same
if you don't feel it too, if you meet me half way
if you would meet me half way

it could be the same for you..


Perhentian Island Photo Series 5 (Gambar Pulau Perhentian Siri 5)

Second Post

Alive

Missing You

Tilted

Separated


Perhentian Island Photo Series 4 (Gambar Pulau Perhentian Siri 4) (04/08/09 - 05/08/09)

First Post

Lovely Morning

De'javu
(Tiada Gambar Secantik Lukisan)

Morning Thirst

Just Fine


Thursday, July 30, 2009

Doa Menghindarkan Jangkitan Selesema Babi

Pos Ketujuh (Kemaskini 17/08/2009)



Bismillahirrahmanirrahim

Tahassanaatu bizil izzati wal jabaruti, waq’ tasamtu birabbil malakuti, watawakkal tu alal hayallazi la yamutu isrip annalbala'a wal waba’a innaka ala kullishai'in qadir.

Amin

Maksudnya;

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Perkenankanlah.

1. Singgah melawat ke blog pensyarah aku sebentar tadi dan Alhamdulillah, ada satu pos berkenaan doa ketika terjadi penyakit menular. Kebetulan aku baru saja lepas baca surat khabar Utusan Malaysia berkenaan dengan beberapa kes kematian semenjak akhir-akhir ini.

2. Wa'ilalkhairi qaribna, wa'anisysharri' ab'idna (dan kepada kebaikan dekatkanlah kami, dan daripada keburukan jauhkanlah kami). Amin, Ya Allah.

Thursday, July 23, 2009

Kalimah Allah di Langit Pantai Beserah, Kuantan, Malaysia. Bagaimana ia Terbentuk? (How Allah Kalimah Clouds were Formed?)

Sixth Post

Allah berfirman maksudnya: “Hanya milik Allah Al-Asma Al-Husna, maka bermohon kepada-Nya dengan menyebut nama itu.”
(Surah al-A’raf: 180)


1. Assalammualaikum, sahabat-sahabat sekelian. Semoga semua sihat. Masih ingat lagi dengan penyebaran di internet gambar-gambar pembentukkan kalimah Allah di langit Putrajaya beberapa tahun dulu? Kalau kita sudah lupa, atau mungkin yang tidak sempat melihat pos tersebut, mungkin sahabat-sahabat sekelian boleh pergi ke sini. untuk mengimbau kembali pos di dalam blog saya ini.

1. Assalammualaikum, my dear friends. May all are in the pink of health. Do you still remember the spread of photos over the internet about clouds formation that spells Allah in the sky of Putrajaya (Malaysia), back a few years ago? If we already forgotten, or perhaps, didn’t get the opportunity to see the photos, please click here to refresh.

2. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana pada tahun lepas, iaitu tahun 2008, sekali lagi saya telah mendapat peluang untuk mengambil gambar pembentukkan kalimah Allah di langit. Dan pada kali kedua tersebut, ia berlaku pada siang hari, dan bukan pada malam hari seperti pada kali pertama. Pada hari tersebut, saya bersama keluarga saya sedang berada di sebuah resort yang terletak disekitar Pantai Beserah, di bandar Kuantan.

2. Alhamdulillah, my thankfulness to Allah, last year, 2008 once again I managed to get the opportunity to shoot the formation of cloud that spells Allah in the sky. And on that second time, it happened in a broad daylight, instead of in a nocturnal during the first time. My family and I were at a resort at Beserah beach, Kuantan (Malaysia).

3. Berikut adalah turutan kumpulan awan yang saya yakin telah membentuk awan kalimah Allah di langit kerana pada pengamatan saya, pembentukan tersebut adalah sangat jelas ejaannya di dalam tulisan Arab.

3. Please find the below sequence, as I am convinced that the formation has obviously spell Allah.


Turutan (Sequence) 1 - Thursday, ‎17 ‎April, ‎2008, ‏‎7:38:04 AM –

a. Saya sedar akan kewujudan pembentukan sekumpulan awan yang agak unik. Dalam hati saya berkata, alahai, tidak dapat hendak ambik gambar matahari naik hari ini. Ada awan halang matahari.

Turutan (Sequence) 2 - Thursday, ‎17 ‎April, ‎2008, ‏‎7:38:20 AM

b. Saya teruskan juga niat untuk ambik gambar matahari naik tersebut, walaupun awan tersebut begitu jelas menghalang dan melindungi matahari.


Turutan (Sequence) 3 - Thursday, ‎17 ‎April, ‎2008, ‏‎7:39:52 AM

c. Hampir seminit lebih berlalu, cahaya matahari mula memancar dengan jelas dari celahan awan. Saya masih lagi berharap untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

Turutan (Sequence) 4 - Thursday, ‎17 ‎April, ‎2008, ‏‎7:40:32 AM


d. Pembentukan yang terbaik. Perhatikan pembentukan awan nipis sebelah atas kanan, yang membentuk tanda 'sabdu', sekaligus mengesahkan dan menguatkan lagi kenyataan bahawa, awan ini sebenarnya sedang 'mengeja' dan 'membentuk' kalimah Allah. Perhatikan kembali, tiada pembentukan tanda 'sabdu' pada turutan pertama (1) dan ke-2. Ia mula terbentuk pada turutan ke-3 dan mula jelas kelihatan pada turutan ke-4, iaitu gambar pada komposisi ini. Perhatikan juga, pembentukan huruf ‘ha’ pada hujung sebelah kiri, dari turutan pertama (1) hingga ke-4 ini. Perhatikan juga penyambungan huruf ‘lam’ yang kedua dengan huruf ‘ha’. Hebat kan?

d. This is the best composition. Look carefully at the slight cloud on the right corner above, that clearly formed the mark of 'sabdu', hence confirmed and strenghten the description that the cloud is in the intention on 'making the spelling' of Allah. Please check that there are no mark of 'sabdu' on the first two sequences. It only started to appear on the third (3) sequence and has clearly formed on the fourth (4), which is in this composition. Also note on the formation of arabic alphabet of 'ha' on the left edge corner from sequence 1 to 4. So did the formation of combining the second arabic alphabet of 'lam' and 'ha'. Amazing, isn't it?

Technical details: Please click here


Turutan (Sequence) 5 - Thursday, ‎17 ‎April, ‎2008, ‏‎7:41:14 AM


e. Cahaya matahari semakin menyerlah dan semakin menyilaukan mata saya yang memandang.


Turutan (Sequence) 6 - Thursday, ‎17 ‎April, ‎2008, ‏‎7:41:28 AM

f. Cahaya matahari semakin terus menyinar.

4. Alhamdulillah. Semoga kita semua akan terus mendapat petunjuk dan hidayahNya.

5. InsyaAllah. Amin. " )

SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADAN 1430 HIJRAH!

Details of Photo; Shoots in the morning at Duta Sands Beach Resort,
Pantai Beserah, Kuantan, Pahang (Malaysia).
Time: ‏‎From 7:38:04 AM to ‏‎7:41:28 AM (Approximately within 4 minutes).
Date: 17th April 2008.
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia.
Camera: Canon 400D.
Photographed by: Saharudin Bin Mohd Dan (
din9911@yahoo.com)
http://saharudinmohddan.blogspot.com/