Found at Beemp3.com
(THOSE ARTICLES WHICH ARE NOT PROPERLY CITED OR CREDITED, PLEASE CLICK ON THE TITLE FOR THE ORIGINAL LINK OF THE ARTICLES)

Monday, April 16, 2012

Mari Hulurkan Sumbangan Kepada SUMBER DEMIHAFIZ



SUMBER DEMIHAFIZ di Bank CIMB
No Akaun : 1416 0001 103109



Dalam kita semua dikurniakan Allah SWT dengan kekuatan fizikal tubuh badan yang kuat dan kesihatan yang sihat wal-afiat, perlu kita sedar dan ingat bahawa terdapat insan-insan lain yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan kita semua.


Melalui blog ini, saya ingin menyebarkan berita akan nasib malang yang menimpa saudara Mohd Abdul Hafiz Abu Tahir atau, di kalangan kami, biasa kami memanggil antara satu sama lain sebagai OP Hafiz. OP adalah singkatan kepada ‘Old Putera’ merujuk kepada 'Bekas Putera' yang pernah melanjutkan pengajian di Maktab Tentera Di Raja (MTD), Kuala Lumpur.

"Melalui blog ini, saya ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang mendapat tahu mengenai berita ini, agar dapat menghulurkan bantuan kepada SUMBER DEMIHAFIZ iaitu sumber kutipan dana yang telah dilancarkan oleh Bekas Putera MTD. Tabung ini tidak terbuka hanya kepada OP sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua insan yang ikhlas ingin menghulurkan bantuan".

Kisah OP Hafiz telah mendapat liputan yang meluas di kalangan kami sebagai Bekas Putera MTD. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh mereka dikalangan kami yang berhati mulia, membantu meringankan beban OP Hafiz dengan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mendapatkan sumber dana demi membiayai kos perubatan OP Hafiz. Diantaranya ialah OPCB (Old Putera Charity Bowling), OP Ziarah 1 dan II, Misi Berbasikal ke Felda Semenchu, Solat Hajat 1 dan II.


Selain daripada aktiviti yang berterusan, beberapa blog juga telah di buat bagi memastikan kesinambungan dana yang diperlukan oleh OP Hafiz terus mendapat perhatian sementara aktiviti-aktiviti lain disusun seterusnya untuk kutipan dana OP Hafiz.


Melalui blog ini, saya ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang mendapat tahu mengenai berita ini, agar dapat menghulurkan bantuan kepada SUMBER DEMIHAFIZ iaitu sumber kutipan dana yang telah dilancarkan Bekas Putera MTD. Tabung ini tidak terbuka hanya kepada OP sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua insan yang ikhlas ingin menghulurkan bantuan.

Semoga dengan sumbangan yang berterusan, kita semua akan dapat meringankan lagi dugaan berat yang sedang dihadapi oleh OP Hafiz dan keluarga beliau. Sesungguhnya, sumbangan yang ikhlas itu pasti ada ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Berkenaan adalah sedikit maklumat berkenaan OP Hafiz;

OP MOHD ABDUL HAFIZ ABU TAHIR

OP Hafiz dilahirkan 23 tahun yang lalu pada 24 Ogos 1988 di Hospital Kota Tinggi, Johor di dalam keluarga Abu Tahir dan Tumirah yang mempunyai 7 adik beradik. Beliau ialah anak yang ke-5, selain 2 lelaki dan 3 perempuan. Seorang kakak telah meninggal dunia semasa berumur 5 tahun. OP Hafiz dibesarkan di persekitaran FELDA, dan bapa beliau merupakan peneroka Felda Semenchu, Kota Tinggi sejak 1977.

OP Hafiz mendapat pendidikan awal di SRK dan SMK Semenchu sebelum dipilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 2002. Beliau berada selama 4 tahun di MTD dan ditempatkan di kompeni F. Selepas Perbarisan Tamat Latihan di MTD pada akhir tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran tingginya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada tahun 2006 sehingga pertengahan 2011 untuk Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Beliau berada pada tahun ke3 dan terakhir dan dianggap mahasiswa yang cergas dan cerdas. Beliau hanya ada satu kertas amali sahaja untuk diduduki.

PANAS TIDAK SAMPAI KE PETANG, HUJAN TURUN DI TENGAH HARI

TRAGEDI

Tragedi melanda pada petang Selasa, 24 Mei 2011. OP Hafiz dan beberapa kawan sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Beliau terjun beberapa kali dari suatu cenuram. Pada terjunan ke-3 atau ke-4, beliau tidak timbul. Mujur kawan-kawan dan orang yang di pantai sedar akan keadaan yang berlaku. Bergegas mereka tarik beliau dari dalam air laut. Beliau kaku dan kesejukan, kedua belah tangannya bengkok, tak boleh bergerak, masih sedar tetapi percakapannya raban. OP Hafiz serta merta dihantar ke Hospital Kota Tinggi. Memandangkan keadaan kritikal, OP Hafiz telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

MIMPI NGERI RAWATAN

Pada 09 Jun 2011, OP Hafiz menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail selama lebih kurang 7 jam yang mencemaskan. Keluarga Abu Tahir dan Tumirah berada dalam keadaan gundah gulana yang tidak terperi, tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka hanya pasrah kepada Allah SWT. Walaupun pembedahan tersebut berjaya tetapi, anterior plating telah dipasang dan penggraftan tulang telah dilakukan.


OP Hafiz telah didiagnos dan mengalami apa yang ditakrifkan sebagai, ‘keretakan ledak C6 dengan defisit neurologi, cedera kepala yang ringan beserta pendarahan intracranial dan ulser tekanan pada kawasan gluteus.'

Merujuk laporan surgeri, oleh Dr Wan Noor Azliana Mamat, Jabatan Ortopedik, “Diagnosis seperti tersebut di atas boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan kesudahannya tidak pasti. Kita perlu menunggu selama sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menentukan sama ada pesakit boleh peroleh fungsi normal atau hampir normal atau pesakit akan lumpuh sepanjang hayat.”

OP Hafiz telah berada di hospital selama 2 ½ bulan.

MASA DEPAN OP HAFIZ?

OP Hafiz kini terlantar di katil dan separa lumpuh di rumah. Keadaan medikalnya amat kritikal. Hidupnya tidak keruan. Pemikiran bahawa lumpuh dan terlantar sakit di katil sepanjang hayat merupakan mimpi ngeri dan amat menakutkan OP Hafiz dan keluarga tersayang.

Universiti Teknologi Petronas (UTP) amat prihatin. UTP telah membiayai segala kos pembedahan, perawatan hospital dan pembelian kelengkapan dan aksesori perubatan untuk keselesaan OP Hafiz yang berjumlah sekitar RM25,000.00.


Beberapa sumbangan telah diterima daripada OP, iaitu sebanyak RM6,820.00, kebanyakannya daripada usaha murni OP yang lebih muda dengan melakukan beberapa kegiatan amal bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga OP Hafiz.

Namun, OP Hafiz perlukan lebih dari ini.

Tabung SUMBER DEMIHAFIZ

Tabung ini diwujudkan khas untuk mengutip derma dan sumbangan untuk membiayai keperluan perubatan dan keperluan hidup OP Hafiz. OP Hafiz perlukan anda sekarang untuk membantu beliau. Rayuan dibuat untuk derma dan sumbangan kepada Tabung ini.

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank:

SUMBER DEMIHAFIZ di Bank CIMB
No Akaun : 1416 0001 103109




Photo ehsan;
http://www.chearis.com/santai/semenchu/
http://demihafiz.tumblr.com/
http://demihafiz.com/wp/



No comments: