Pos Kesembilan
1. Masa bawa keluarga pergi ke Kuala Kubu Bahru dulu, kami naik separuh jalan saja ke Bukit Fraser. Jalan tutup sebab tanah runtuh. Jadi, kali ini, kami ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT), keluar Bentong, ikut jalan ke Raub sebelum menuju ke Bukit Fraser.
2. Cuti hujung minggu, dua hari satu malam agak menarik di sini. Kami memang suka tempat-tempat tinggi sebab cuaca tidak panas, malam pasti sejuk. Bilik hotel memang tiada penghawa dingin.
3. Makan di Bukit Fraser tidak mahal, macam biasa saja. Kami pusing habis, Air Terjun Jeriau pun kami pergi, tapi tidak masuk ke dalam sebab pengunjung pun tidak ramai. Lagipun kami lebih pentingkan keselesaan si comel kami.
4. Tiada petrol pam di atas bukit ini. Paling dekat di Raub atau Kuala Kubu Bahru, masing-amasing antara 29km dan 30km, tidak termasuk memandu di jalan bengkang-bengkuk. Jadi, sebelum naik, isi minyak kereta penuh-penuh.
5. Di atas sini, cuaca sejuk dan lembab. Masa kami pergi, selalu hujan tapi sekejap-sekejap. Kadang-kadang ada juga cahaya matahari, tapi tidak panas. Bawa kereta pun buka tingkap saja. Udara segar.
6. Sebelum ini, kami pernah ke Genting Highland dan Cameron Highland. Pergerakan di tempat-tempat begini memang perlahan, jadi, masa yang singkat pun terasa agak lama. Memang kami pilih tempat yang tidak banyak aktiviti. Budak-budak pun seronok.
7. Bergerak pun semua ambil masa sendiri. Tidak perlu kejar sana kejar sini. Hotel kami sudah tempah awal-awal. Sampai saja, mandi-mandi, terus tidur dulu. Cutilah katakan. Petang, perut lapar, baru cari makanan. Kalau baca blog ini pun macam dapat rasa perasaan kami. Hendak rilek.
8. Lepas ini, kami hendak pergi bercuti di tepi pantai pula.
10. Minggu depan, giliran bercuti dengan kawan-kawan pula.
|
(THOSE ARTICLES WHICH ARE NOT PROPERLY CITED OR CREDITED, PLEASE CLICK ON THE TITLE FOR THE ORIGINAL LINK OF THE ARTICLES)
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hai...
ni saya jazzeyqa..
abg din memang suka explore smua ye...
syikin cakap yg picture abg xhensem lah dalam ni..
hehe
explore.. jgn tak explore.. tak ensem takpe janji hati kena baik.. cakap dgn syikin, belajo rajin2.. jgn main2.. ika pun sama.. nanti dah keje boleh belanja kitorang satu famili
awat abg pgil sy ika??
xmo lah...
2 nma khas...
ok...
no hal lah..
tp lme g r nk 2gu sy blnje...
Post a Comment