Found at Beemp3.com
(THOSE ARTICLES WHICH ARE NOT PROPERLY CITED OR CREDITED, PLEASE CLICK ON THE TITLE FOR THE ORIGINAL LINK OF THE ARTICLES)

Thursday, May 28, 2009

Kembali ke Pulau Perhentian (Perhentian Island) ~ (27/05/09 - 28/05/09)

Pos Kesebelas (Kemaskini 02/06/2009)

1. Kali kedua jejakkan kaki ke Pulau Perhentian. Masih lagi teruja macam kali pertama. Kalau sudah jatuh hati, datang banyak kali pun tidak apa. Masih banyak lagi cerita-cerita yang boleh aku dengar berkenaan pulau pelancongan ini. Memang aku tidak nafikan, kehebatan pulau ini sebenarnya terletak pada nama 'Perhentian' itu sendiri. Unik dan berkesan.

2. Sebagai rekod, aku banyak dengar cerita, kisah-kisah seram di Pulau Perhentian untuk persinggahan aku kali ini. Hihihihihihi! " ). Seram macam mana pun, secara individu, aku memang lebih berhati-hati dengan manusia sendiri daripada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.


3. Pergi seorang diri, setakat singgah petang kemudian balik pagi, jangan ingat tidak menyeronokkan. Macam biasa, aku tidak tahu apa yang akan berlaku, siapa yang akan aku jumpa. Cuma, segala perkara berkaitan kerja semua sudah tinggal di Kuala Besut. Jadi bila sudah sampai, apa lagi? Niat dihati hanya mahu rilek, tapi dengan suasana yang berbeza.


4. Pergi seorang diri, kalau tidak kena gaya, memang bosan. Tapi, aku sudah tahu apa yang perlu aku buat untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

5. Selain ambil gambar, Pulau Perhentian dapat liputan penuh talian telefon bimbit. Jadi, dengan adanya layar lebar dan komputer riba, seorang diri pun ada juga perkara boleh buat. Cari gerai, cari meja , layan fresh oren satu gelas (RM 4.00), layan internet, buka e-mel, baca surat khabar on-line, buka facebook, sambil lepak, sudah kira bagus.


6. Penduduk pulau ada yang mesra. Dua kali aku pergi seorang diri, dua kali mereka yang tegur dan berbual-bual dengan aku dulu. Bila sudah kenal dengan mereka, InsyaAllah, boleh dapat ramai lagi kawan-kawan kemudian. Kebanyakannya pelancong asing. Bila sudah dapat kawan, boleh tukar-tukar cerita, daripada pengetahuan am, sukan, demografi, budaya, agama, ekonomi, politik dunia, sehinggalah kepada macam-macam perkara.

7. Dulu menginap di Long Beach. Kali ini, menginap di Coral Bay. Waktu petang, aku rasa, Coral Bay lebih menarik daripada Long Beach. Tapi, bila malam, Long Beach pula jadi lebih menarik. Ramai pelancong berkumpul dengan gaya hidup dan budaya masing-masing. Seronok tengok gelagat manusia ciptaan Allah di bumi ciptaanNya yang bertuah ini. ''..dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." Surah 5, Al-Maa'idah, Ayat 87.


8. Kebetulan, malam tadi Final Liga Juara-Juara 2009. Barcelona lawan Mancester United. Lepas melepak di Panorama, lebih kurang pukul 2.30 pagi, balik ke Coral Bay menyeberang hutan ramai-ramai. Nasib baik aku pakai sandal. Mereka yang tidak pakai kasut, menjerit-jerit kena gigit semut api. Memang lawak.

9. Tengok bola depan televisyen di Coral Bay, rasa macam di Stadium Olimpico dekat Rome. Banyak juga perkataan-perkataan pelbagai baur yang aku dapat dengar. Tapi, lepas Barcelona sumbat gol pertama, aku balik bilik, tidur.

10. Pagi, bangun awal. Pukul 8.00, naik bot, balik tanah besar.


11. Tanya orang masa sarapan, pasukan mana yang menang? Mereka jawab, ‘’Barcelona meney, dua kosong, Man. U. maie bola hok macey kejar ayam”. Lebih kurang macam itulah.

12. Aku ketawa saja. Dalam hati, habis sudah cuti semester untuk kali ini bersama 1) keluarga, 2) kawan-kawan dan 3) seorang diri.

13.Syukur Alhamdulillah.

2 comments:

--iffil-- said...

best best! maksud aku perhentian. tapi, barcelona menang pun best jugak hehe.

tobby said...

depa yang kata lagu tu.. bukan saya kata.. " )