Pos Keempat
1. Sekarang aku rasa lega bukan kepalang. Paling seronok bila geng-geng berkhemah semua sedang kecoh-kecoh untuk projek perkhemahan kami pada minggu 23 & 24 Mei nanti. Muktamad. Bukan apa, keluarga adalah keutamaan kami. Jadi, minggu depan bawa keluarga pergi bercuti dulu. Minggu seterusnya baru seronok pergi berkhemah.
2. Tapi risau tetap ada, selagi keputusan periksa belum keluar. Itu sudah kira tawwakkal dan letak tepi.
3. Banyak kelemahan masa perkhemahan pertama dulu. Kali ini, kena pastikan layan betul-betul. Pakai sandal, bukan pakai kasut untuk treking hutan. Pakai seluar treking, bukan pakai seluar jeans. Parang, lampu suluh, setiap orang kena bawak. Semua orang tidak boleh lupa, baru senang hendak potong kayu dan ranting kering untuk unggun api dimalam hari.
4. Aku memang tidak boleh bayangkan bunyi air menderu, unggas, cengkerik dan gelak ketawa dengan lawak babi (pig jokes) kawan-kawan aku nanti. Lawak babi boleh kira macam lawak yang sebenarnya tidak kelakar, tapi akhirnya boleh buat orang ketawa berdekah-dekah. Ini terma masa aku di Maktab Tentera DiRaja dulu. Memang kasar bunyinya.
5. Apa-apa hal pun, aku kena layan perasaan lega tiga minggu terakhir Mei ini. Penuhkan dengan segala aktiviti yang mungkin. Duduk di rumah saja masa hujung minggu? Ruginya.
6. Saksikan kembali gambar-gambar perkhemahan pertama kami di SINI.
|
(THOSE ARTICLES WHICH ARE NOT PROPERLY CITED OR CREDITED, PLEASE CLICK ON THE TITLE FOR THE ORIGINAL LINK OF THE ARTICLES)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kira jadik ni... pi lata Meraung...Kita kena gulai ikan campur biji getah... ada berani....
..perghhhh.. rasa mcm nak gi jepun dah ni.. mcm nak makan ikan buntal jer..
ala,
sy patahkn pkai tgn je ari 2 mase carik ranting wat barbeku...
hehe...
memang.. kalu buleh dgn jari2 sekali tu nak buat ranting kayu barbeque.. haha
Post a Comment